Posts

Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sekolah

Image
Program Kempen Jalur Gemilang peringkat sekolah telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua pada 24 Ogos 2013 di Dewan Mercu pada jam 9.00 pagi. Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu Jalur Gemilang. Deklamasi sajak telah disampaikan oleh Cikgu Anjang dan disusuli dengan ucapan oleh Tokoh Kemerdekaan iaitu "Ayah Wan" bekas Pengerusi PIBG SMK Bukit Payong yang pernah menjadi Penggawa di kawasan Bukit Payong ini. Berbagai-bagai cerita dikongsikan dengan pelajar bagi pendedahan pelajar betapa pentingnya kemerdekaan bagi setiap individu.  

Ihya Ramadhan - Ziarah Ramadhan

Image
Program ziarah ramadhan dijalankan dengan mengunjung rumah-rumah pelajar yang dikesani dhaif seperti yang dilaporkan oleh guru-guru masing. Dalam kunjungan hampir 30 buah rumah ini, guru juga turut menyumbang barang-barang keperluaan seperti beras, minyak dan peralatan memasak yang lain.

Ihya Ramadhan - Tazkirah Pagi

Image
Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, setiap pagi, semua guru & pelajar akan berkumpul di Dataran Mercu untuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh guru-guru SMKBP. Antara aktiviti-aktiviti lain yang dirancangkan adalah seperti : 1) Pertandingan Kain Rentang. 2) Pelancarkan tabung Ihya Ramadhan 3) Tadarus Al-Quran pelajar & guru. 4) Program Bubur Lambuk. 5) Ziarah Ramadhan

Karnival 1murid 1sukan - Penyampaian Hadiah

Image
Majlis penyampaian hadiah "Karnival 1Murid 1Sukan" telah disempurnakan pada 9 Julai 2013 iaitu pada hari selasa (aktiviti kokurikulum). TAHNIAH kpd Rumah JEBAT (BIRU) yg mengondol : 1) JOHAN kategori Perempuan. 2) JOHAN kategori Lelaki. 3) JOHAN KESELURUHAN Karnival 1murid 1sukan Kali pertama. JEBAT memang HEBAT!!!!!!

Karnival 1Murid 1Sukan - Hari Ke Dua.

Image

Karnival 1Murid 1Sukan Kali Pertama

Image
Karnival 1Murid 1Sukan Kali Pertama telah diadakan pada 30 Jun dan 1 Julai 2013 bagi menggantikan Kejohanan Balapan & Padang pada tahun ini. Bagi pelajar-pelajar lelaki, permainannya adalah seperti bola sepak, bola baling, petanque, sepak takraw, bola tampar, badminton dan ping pong. Bagi pelajar-pelajar perempuan pula, mereka boleh melibatkan diri dalam permainan seperti bola jaring, bola baling, petanque, futsal, bola tampar, badminton dan ping pong.