Posts

Showing posts from 2010

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Image
Program Sambutan Hari Raya Peringkat SMK Bukit Payong telah diadakan dengan jayanya pada 21hb. September 2010 di Dewan Mercu. Program tahunan tersebut melibatkan semua warga SMKBP telah diadakan dengan meriahnya bermula jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.

KONVESYEN PEMBUDAYAAN KEUSAHAWAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Seramai 4 orang pelajar telah menyertai konvensyen yang telah berlangsung di Dewan Seminar, Sumai Suite Hotel, K. Terengganu pada 23 Ogos 2010. Turut menyertai konvensyen ini ialah En. Mohd Hussni selaku guru pengiring kumpulan pelajar ini. Penutup konvensyen ini telah disempurnakan oloeh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMKBP KALI KE-3

Image
Mesyuarat Agung Koperasi SMKBP telah diadakan pada 9 Ogos 2010 dan telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Pn. Hjh. Hamidah bt. Mohamad.

KUIZ PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU

Tahniah kepada 4 pelajar yang telah mewakili SMKBP yang telah mengharum nama sekolah dengan mendapat tempat KE TIGA. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 7hb. Ogos 2010 di SMK Padang Negara, K. Terengganu

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM 2010

Image
SMK Bukit Payong berbangga kerana 2 orang pelajar telah mewakili Negeri Terengganu dalam kejohanan yang berlangsung di Johor pada 18 hingga 21 Mei 2010. Wan Syawal Fazli b. Wan Yamin telah membantu kuartel 4 x 100 meter dengan catatan 42.06 saat mendapat pingat EMAS manakala Mohd Naim b. Mohd Nasir mewakili negeri dalam acara Rejam Lembing dan Lempar Cakera. Tahniah diucapkan kepada 2 pelajar yang telah mengharumkan nama SMK Bukit Payong.

KEM LENCANA KECEKAPAN PANDU PUTERI DAERAH BESUT 2010

Image
Seramai 10 ahli Pandu Puteri/Renjer Puteri dan 2 orang guru pengiring telah menyertai kem tersebut yang telah diadakan di PKG Raja, Alor Lintang pada 13 Julai 2010. Tahniah kepada pasukan ini yang telah mendapat Naib Johan Keseluruhan.

BULAN BESTARI SAINS & MATEMATIK

Image
Kelab Komputer dan Persatuan Sains & Matematik SMKBP telah bergabung mengadakan program ini yang bermula 15 Jun hingga 15 Julai 2010. Berbagai pertandingan telah diadakan seperti e-nota, web antara rumah sukan, web antara panatia, spell it's right, payung terjun, roket air, jet kertas, sudoku, melukis poster dan lain-lain lagi. Penyampaian hadiah telah diadakan pada 25 Julai 2010 oleh Pengetua SMK Bukit Payong, Pn. Hjh. Hamidah Binti Mohamad.

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM

Image
Pada 5 hingga 7hb. Julai 2010 telah diadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform yang disertai oleh 140 pelajar yang mewakili 14 Unit Beruniform. Turut terlibat seramai 10 pelajarTingkatan 6 Bawah sebagai kuartermaster. Perkhemahan yang diadakan di Lata Belatan, Besut telah ditutup dengan resminya oleh Tuan Pengetua, Pn. Hjh. Hamidah bt. Mohamad pada jam 11.00 pagi 7hb. julai 2010. Dalam perkhemahan tersebut berbagai pertandingan diadakan seperti Khemah tercantik, Gubahan Alam Sekitar, malam kebudayaan dan Kawad kaki. Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah keagamaan, aktiviti jalan malam dan paling menarik aktiviti "Basic Survival" di mana pelajar menjalankan aktiviti memasak, memasang perangkap, memancing dll di dalam hutan drp jam 10.00 pg hingga 5.00 ptg.

HARI KOPERASI SMKBP 2010

Image
Pada 29hb.Jun 2010 telah diadakan Hari Koperasi SMKBP yang telah dirasmikan oleh YB Adun Hulu Besut. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah: 1)Pertunjukkan tempur askar wataniah Rejimen 512. 2)Demonstrasi menyelamat mangsa kebakaran oleh Bomba. 3)Pameran Jualan Kereta. 4)Pameran Persatuan Pengguna, Koperasi Guru Besut dan Polis. 5)Kaunter Tabung Haji. 6)Pertandingan Kereta Kawalan. 7)Kuiz Pengguna. 8)SMKBP Idol. 9)Gerai jualan oleh Unit Beruniform

Pertandingan Catur MSSM 2010 di Perlis.

Pelajar SMKBP iaitu Adlin Farwiza yang mewakili Negeri Terengganu dalam kategori Perempuan 15 mencatat 2 kemenangan dan 2 kekalahan setakat ini. Beliau masih ada lagi 3 perlawanan dan diharapkan beliau terus dapat mempamerkan semangat juang yang tinggi. Selamat Berjuang diucapkan.

Kursus Lakonan Kelab Pencinta Filem

Image
Pada 21 hingga 23 Mei 2010 yang lalu seramai 10 orang pelajar diiringi oleh Pn. Nur Fatihah & Cik Roezani telah berkesempatan menimba ilmu seni lakonan di Universiti Malaysia Terengganu. Kursus yang dianjurkan oleh FINAS itu telah memberi pengalaman baru kepada pelajar tentang teknik lakonan yang sebenar dimana salah seorang tenaga pengajarnya ialah artis terkenal tanahair iaitu Vanida Imran.

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Image
Pada 11 Mac 2010 telah diadakan Sambutan Maulidul Rasul SMKBP Tahun 2010 bersama-sama dengan SK Seri Payong, Tadika Bukit Payong dan Komuniti Bestari Kg. Bukit Payong.

XPDC ke Gunung Tebu

Image

Selamat Berjuang

Semoga pemain SMKBP yang mewakili Besut pada 13 hingga 15 Mei nanti dalam permainan bolajaring di Marang dan takraw di KTU akan memenangi kejuaraan.

Adlin Farwiza cemerlang dalam pertandingan catur.

Tahniah kepada Adlin yang menjadi JOHAN kategori P15 Daerah Besut. Beliau telah mewakili daerah dan mendapat tempat KE TIGA peringkat negeri dan memberi sumbangan dalam kumpulan P15 untuk menjadi JOHAN . Beliau terpilih mewakili Terengganu ke Peringkat MSSM yang akan diadakan di Perlis nanti.

Pertandingan Bola Baling MSST

Tahniah kepada Siti Nur Hidayat yang telah membantu Daerah Besut menjadi JOHAN bagi kategori P18 yang telah berlangsung pada 6 hingga 8 Mei 2010 di Dungun tempohari.

Pertandingan Bola Jaring MSSD Besut.

Image
Tahniah kepada Pasukan P18 yang menjadi JOHAN setelah sekian lamanya kita ketandusan kejuaraan. Pasukan P15 juga turut mendapat tempat KE TIGA dalam pertandingan yang berlangsung pada 3 hingga 5 Mei 2010 di SK Seberang Jerteh. Seramai 7 pemain terpilih mewakili daerah ke peringkat MSST.