Posts

Showing posts from May, 2010

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Image
Pada 11 Mac 2010 telah diadakan Sambutan Maulidul Rasul SMKBP Tahun 2010 bersama-sama dengan SK Seri Payong, Tadika Bukit Payong dan Komuniti Bestari Kg. Bukit Payong.

XPDC ke Gunung Tebu

Image

Selamat Berjuang

Semoga pemain SMKBP yang mewakili Besut pada 13 hingga 15 Mei nanti dalam permainan bolajaring di Marang dan takraw di KTU akan memenangi kejuaraan.

Adlin Farwiza cemerlang dalam pertandingan catur.

Tahniah kepada Adlin yang menjadi JOHAN kategori P15 Daerah Besut. Beliau telah mewakili daerah dan mendapat tempat KE TIGA peringkat negeri dan memberi sumbangan dalam kumpulan P15 untuk menjadi JOHAN . Beliau terpilih mewakili Terengganu ke Peringkat MSSM yang akan diadakan di Perlis nanti.

Pertandingan Bola Baling MSST

Tahniah kepada Siti Nur Hidayat yang telah membantu Daerah Besut menjadi JOHAN bagi kategori P18 yang telah berlangsung pada 6 hingga 8 Mei 2010 di Dungun tempohari.

Pertandingan Bola Jaring MSSD Besut.

Image
Tahniah kepada Pasukan P18 yang menjadi JOHAN setelah sekian lamanya kita ketandusan kejuaraan. Pasukan P15 juga turut mendapat tempat KE TIGA dalam pertandingan yang berlangsung pada 3 hingga 5 Mei 2010 di SK Seberang Jerteh. Seramai 7 pemain terpilih mewakili daerah ke peringkat MSST.

Pertandingan Badminton MSSD Besut

Tahniah kepada Bergu P18 ( Ieznadia & Nor Shailai ) yang berjaya menjadi NAIB JOHAN dalam pertandingan yang telah berlangsung pada 26 hingga 29 April 2010 di SMKPNZ. Tahniah juga kepada Nor Shailai yang mendapat tempat KE TIGA perseorangan P18 dan Bergu L18 ( Md. Syafik Aiman & Md. Razman ) yang mendapat tempat KE TIGA .

Pertandingan Bola Baling MSSD Besut

Image
Tahniah kepada Pasukan P18 yang mendapat NAIB JOHAN dalam pertandingan yang telah berlangsung di SMK Tg. Mahmud pada 26 hingga 29 April 2010.

Pertandingan Bola sepak MSST

Pasukan Daerah Besut menjadi NAIB JOHAN bagi kategori L18 dan tempat KE TIGA bagi kategori L15. Seramai 5 pelajar SMKBP mewakili daerah bagi kategori L18 dan 2 pelajar bagi kategori L15.

Pertandingan Takraw MSSD Besut

Tahniah kepada Regu B L15 yang menjadi JOHAN dalam kejohanan yang telah berlangsung pada 19 hingga 24 April di SM Teknik Besut.

Kejohanan Olahraga MSST

Pada 14 hingga 17 April 2010 bertempat di Trek Olahraga Gong Badak, K. Trg telah membuktikan Daerah Besut tetap unggul mengungguli tempat KE DUA keseluruhan. Mohd Naim telah menyumbang 2 pingat iaitu pingat EMAS Acara Rejam Lembing L15 dan GANGSA Acara Lempar Cakera L15. Manakala Wan Syawal dan Rosmayane menyumbang pingat  GANGSA Acara 4 x 100 meter L18 dan Acara 4 x 400 meter P15.

Kejohanan Olahraga MSSD Besut Kali Ke-41

Image
Kejohanan yang berlangsung pada 7 hingga 10 Mac 2010 di mini Stadium Kg. Raja, Besut ini telah menjulang nama SMKBP di tempat ke-3 keseluruhan dengan pungutan pingat  8 EMAS, 3 PERAK & 3 GANGSA . Seramai 5 pelajar telah terpilih mewakili Daerah Besut Ke Kejohanan peringkat MSST.

OLahraga SMKBP Kali Pertama

Image
Sejak penubuhan sekolah ini pada tahun 1977, pada 11 Februari 2010 telah berlangsung Kejohanan Olahraga Kali Pertama dengan jayanya. Sebelum kejohanan, Acara Sukantara telah diadakan pada 8 hingga 10 Februari yang melibatkan semua pelajar. Sukantara OLAHRAGA TAHUNAN