Posts

Showing posts from May, 2011

PRA JAMBORI PENGAKAP MALAYSIA KE-12

Seramai 16 orang ahli pengakap SMKBP turut terlibat dalam " Perkhemahan Pra-Jambori " yang akan diadakan pada 6 hingga 9 Jun 2011 di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu. Semoga pelajar yang terlibat dapat mengambil banyak ilmu untuk dikongsi dengan rakan-rakan yang lain.

Bola Jaring MSSM 2011

Tahniah kepada 2 pelajar SMKBP iaitu Nur Maizatul Husna bt. Zakaria dan Nor Suhada bt. Mohd Nordin yang terpilih mewakili negeri Terengganu dalam pertandingan peringkat MSSM di Kuantan bermula 2 hingga 6 jun 2011. Mereka akan memulakan latihan di SMK Tengku Mahmod bermula 21 mei hingga 1 jun 2011 sebelum berangkat ke Kuantan. Moga kedua-dua pelajar ini dapat mengondol kejuaraan untuk negeri dan sekaligus menaikkan nama SMKBP.

Bola sepak MSSM 2011

Image
Tahniah kepada Wan Zairo Haswadi b. Wan Ahmad yang terpilih mewakili Terengganu dalam pertandingan b/sepak MSSM di George Town, Pulau Pinang bermula 29 mei hingga 5 jun 2011 nanti. Beliau akan memulakan latihan pusat di SMK Sultan Sulaiman bermula pada 19 mei hingga 28 mei 2011. Semoga beliau berjaya dan menunjukkan aksi yang terbaik dalam pertandingan tersebut.

Mesyuarat JK Induk 1M 1S

Mesyuarat pertama Jk induk 1M 1S telah diadakan pada 18 mei 2011 di Bilik Gerakan SMKBP telah dihadiri oleh semua pentadbir SMKBP. Taklimat telah diberikan oleh En. Rameli Deraman selaku Jurulatih Utama peringkat negeri untuk memberi kefahaman kepada barisan pentadbir tentang dasar 1m 1s yang dicetuskan oleh Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran Malaysia ini. Semua guru akan didedahkan dalam satu kursus pada 25 Mei 2011 nanti dan akan aktiviti 1M 1S akan mula dilaksanakan bermula pada penggal ke dua nanti.

Sambutan Hari Guru 2011

Image
**GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA** Sambutan Hari Guru peringkat SMKBP telah diadakan pada 16 mei dengan dimulakan acara padang dan sukaneka bagi sesi pagi. Antara acara yang diadakan ialah bola sepak(guru lelaki), bola tampar (guru perempuan), ping pong, gusti lengan, kerusi irama, kulit epal terpanjang, baling tin dan isi air dalam botol. Selepas berakhirnya sesi permainan, pelajar telah diagihkan aiskrim mengikut kelas masing-masing. Seterusnya semua pelajar dan guru berkumpul di dalam dewan pada jam 11.00 pagi untuk mendengar perutusan dan persembahan pelajar. GPK Kokurikulum memulakan majlis dengan membaca perutusan Pengarah Pelajaran Terengganu, diikuti oleh GPK HEM(Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) dan GPK Pentadbiran (Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia) Seterusnya semua guru berkumpul dipentas untuk bacaan ikrar dan diikuti dengan nyanyian "Guru Malaysia". Kemudiannya berlangsung acara penyerahan Kad ucapan dan hamper hari guru kepada Pengetua

Aktiviti PPKI 2011

Seramai 4 pelajar lelaki dan 2 pelajar perempuan PPKI(Program Pendidikan Khas Integrasi) SMKBP terpilih mewakili zon "Hulu Besut" bagi pertandingan futsal dan b/jaring yang telah diadakan pada hari Ahad 15 mei 2011 di Felda Selasih (futsal) dan SMK Tok Dor (b/jaring). Dalam pertandingan tersebut, Zon "Hulu Besut" menjadi NAIB JOHAN dalam 2 pertandingan iaitu futsal dan bola jaring P15. 2 pelajar SMKBP terpilih mewakili daerah Besut ke pertandingan peringkat negeri pada 24 mei nanti di Kuala Terengganu. Pelajar tersebut ialah Khairul Riduan dan Mohd Hafizudin .

1MURID 1 SUKAN

Taklimat telah diberikan oleh Setiausaha Sukan iaitu En. Rameli Deraman yang merupakan JU daerah bagi Program 1M1S ini dalam perhimpunan pada 8/5/2011. Selepas sesi taklimat, pelajar telah diminta untuk mendaftar Kelab Permainan ditempat-tempat yang telah ditetapkan. 14 permainan telah dipilih untuk peringkat permulaan. Antaranya ialah b/sepak, b/baling, b/jaring, b/tampar, futsal, pentaque, badminton, ping pong, hoki, olahraga, memanah, silat/taekwando/tinju, sofbol dan s/takraw.

Pertandingan B/Baling MSST

Tahniah kpd Siti Nurhidayat Ismail dan Nor Faizura Mohd Najib yang telah membantu Daerah Besut merangkul JOHAN MSST kategori P18 yang telah berlangsung pada 5 hingga 7 mei yang lalu di Marang. 2 pelajar lelaki SMKBP juga telah mewakili Besut bagi kategori L18 iaitu Mohd Naim Mat Nasi r dan Nazreen Ab. Halim . Tahniah untuk semua pelajar yang terlibat!!!!!!!!

Pertandingan Sofbol MSST

Image
Dalam pertandingan yang berlangsung di SMK Seri Nilam dan SMK Bukit Besar pada 5 hingga 7 mei 2011, 4 pelajar SMKBP iaitu Nurul Atikah, Nurul Aizan, Nurul Safiha dan Laila Khalida telah mewakili Besut dalam kategori P18. Turut bersama rombongan tersebut ialah Cikgu Ismail Idris (Ketua Kontinjen Besut) dan Cikgu Mohd Husnni Md. Suhaimi (Pengerusi Teknik Sofbol Besut) dan Cikgu Wan Nor Azlinda. Dalam pertandingan tersebut, Besut berjaya mendapat tempat KETIGA bagi kategori L12, P12 dan P18.

Pertandingan B/Tampar MSST

Image
Tahniah kepada Nor Suhada dan Nor Afifah yang telah membantu daerah Besut menjadi JOHAN peringkat MSST dalam kategori P18 yang berlangsung pada 5 hingga 7 mei 2011 di Kuala Berang baru-baru ini.

Perkhemahan Kadet Polis Besut

Image
Tahniah kepada Pasukan Kadet Polis SMKBP yang telah berjaya mengondol : i) JOHAN : Jalan Lasak (Perempuan) ii) N/JOHAN : Jalan Lasak (Lelaki) iii) KE-4 : Markah KESELURUHAN dalam perkhemahan yang telah diadakan pada 4 hingga 7 Mei yang lalu. 2 pelajar kadet polis SMKBP telah terpilih mewakili Daerah Besut dalam acara menembak iaitu Siti Nur Alifah & Mohd Abi Badri yang akan diadakan di Kemaman nanti. TAHNIAH!!!!!!!!!!

Persiapan Perkhemahan Kadet Polis

Image
Perkhemahan yang akan diadakan pada 4 hingga 7 Mei 2011 di PKG Raja akan melibatkan seramai 40 pelajar kadet polis SMKBP. Persiapan dan latihan telah dilakukan sejak seminggu yang lalu dengan dibantu oleh pegawai polis yang dijemput khas oleh guru-guru penasihat kadet polis. Semoga perkhemahan itu berjalan lancar dan pasukan sekolah dapat menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan perkhemahan tersebut.