Posts

Showing posts from June, 2011

HARI KOPERASI SMKBP 2011- Hari Ke-2

Image
Aktiviti pameran dan jualan diteruskan dan masih mendapat sambutan hangat daripada warga SMK Bukit Payong. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik yang melibatkan pelajar dan guru-guru perempuan di Dewan Mercu. Pertandingan kawad antara unit-unit beruniform telah diadakan di Dataran Mercu dan diteruskan dengan demonstrasi oleh pasukan JPAM(Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) yang turut disertai oleh guru dan pelajar dalam beberapa aktiviti. Selepas itu diadakan pertandingan fesyen muslimah di Dewan Mercu untuk melihat kreativiti pelajar dalam memperagakan fesyen-fesyen terkini. Pada jam1.00 petang semua pelajar dan guru memasuki dewan untuk acara penyampaian hadiah dan majlis penutupan oleh Tuan Pengetua SMK Bukit Payong. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis sambutan Hari Koperasi SMKBP 2011.

HARI KOPERASI SMKBP 2011- Hari Pertama

Image
Sambutan Hari Koperasi 2011 yang bertema "1 UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK 1" selama 2 hari iaitu pada 28 dan 29/6/2011 dimulakan dengan perarakan yang disertai oleh semua guru masuk ke Dewan Mercu. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan GPK Kokurikulum dan diikuti bacaan teks-teks ucapan yang dibaca oleh ALK. Ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua menanda bermulalah sambutan hari koperasi peringkat sekolah selama 2 hari. Seterusnya persembahan pelajar yang merangkumi nyanyian koir, tarian 1 Malaysia dan sketsa. Selepas jamuan pagi, semua pentadbir telah mengiringi Tuan Pengetua untuk acara penanaman pokok di tepi bangunan komputer. Pengetua dengan diiringi oleh GPK Kokurikulum dan Guru Koperasi telah melawat gerai-gerai yang terdapat dipersekitaran sekolah. Selain gerai-gerai jualan oleh pelajar dan guru terdapat juga gerai-gerai agensi kerajaan dan swasta. Antaranya ialah PDRM, Jabatan Pertanian, Maidam, AJRS, Bank Islam, BSN, Celcom, Bomba, TM Point dan Tan Chong Motor . Pertandi