HARI KOPERASI SMKBP 2011- Hari Ke-2









Aktiviti pameran dan jualan diteruskan dan masih mendapat sambutan hangat daripada warga SMK Bukit Payong. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik yang melibatkan pelajar dan guru-guru perempuan di Dewan Mercu.
Pertandingan kawad antara unit-unit beruniform telah diadakan di Dataran Mercu dan diteruskan dengan demonstrasi oleh pasukan JPAM(Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) yang turut disertai oleh guru dan pelajar dalam beberapa aktiviti.
Selepas itu diadakan pertandingan fesyen muslimah di Dewan Mercu untuk melihat kreativiti pelajar dalam memperagakan fesyen-fesyen terkini.
Pada jam1.00 petang semua pelajar dan guru memasuki dewan untuk acara penyampaian hadiah dan majlis penutupan oleh Tuan Pengetua SMK Bukit Payong.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis sambutan Hari Koperasi SMKBP 2011.

Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Bola Jaring MSSD Besut 2011