HARI KOPERASI SMKBP 2011- Hari Pertama





































Sambutan Hari Koperasi 2011 yang bertema "1 UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK 1" selama 2 hari iaitu pada 28 dan 29/6/2011 dimulakan dengan perarakan yang disertai oleh semua guru masuk ke Dewan Mercu. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan GPK Kokurikulum dan diikuti bacaan teks-teks ucapan yang dibaca oleh ALK. Ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua menanda bermulalah sambutan hari koperasi peringkat sekolah selama 2 hari. Seterusnya persembahan pelajar yang merangkumi nyanyian koir, tarian 1 Malaysia dan sketsa.
Selepas jamuan pagi, semua pentadbir telah mengiringi Tuan Pengetua untuk acara penanaman pokok di tepi bangunan komputer. Pengetua dengan diiringi oleh GPK Kokurikulum dan Guru Koperasi telah melawat gerai-gerai yang terdapat dipersekitaran sekolah. Selain gerai-gerai jualan oleh pelajar dan guru terdapat juga gerai-gerai agensi kerajaan dan swasta. Antaranya ialah PDRM, Jabatan Pertanian, Maidam, AJRS, Bank Islam, BSN, Celcom, Bomba, TM Point dan Tan Chong Motor. Pertandingan futsal antara rumah sukan juga turut diadakan dipadang sekolah.
Aktiviti Jualan dan pameran dihenti seketika untuk menyaksikan demonstrasi tempur tanpa senjata yang dipersembahkan oleh pasukan PDRM Terengganu.
Pelajar-pelajar semakin teruja apabila rombongan ahli-ahli kelab motor berkuasa tinggi tiba pada tengaharinya disamping ahli-ahli kelab AJRS.
Seterusnya semua pelajar memasuki dewan untuk pertandingan nyanyian yang disertai oleh pelajar, pekerja dan masyarakat setempat.

Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Bola Jaring MSSD Besut 2011