Posts

Showing posts from August, 2011

Majlis Khatam Al-Quran & Penutupan Program Ihya Ramadhan 2011

Image
Majlis yang berlangsung pada 25 Ogos 2011 ini dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Cikgu Osman dan disusuli dengan ucapan Penutupan oleh Tuan Pengetua (En. Mustapa b. Abd Razak). Beliau mengingatkan pelajar-pelajar tentang kepentingan belajar dan memperbetulkan persepsi pelajar bahawa pembelajaran bukan sahaja berlaku didalam kelas tetapi juga berlaku diluar kelas iaitu semasa aktiviti-aktiviti kokurikulum. Seterusnya majlis khatam Quran yang diketuai oleh Ust. Alias dan Ust. Rosli dijalankan. Selepas itu diadakan majlis penyampaian hadiah dan sumbangan seperti pertandingan kain rentang Ihya Ramadhan antara rumah sukan, sumbangan kepada semua peserta tadarus Al-Quran, sumbangan kepada pelajar-pelajar miskin, sumbangan kepada pelajar-pelajar PKPI dan anugerah tokoh ramadhan SMKBP tahun 2011.

Taklimat Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan Daerah Besut

Pada hari ini telah diadakan taklimat kepada semua GPK Pentadbiran dan GPK Kokurikulum seluruh sekolah di daerah Besut oleh En. Anuar b. Idris (Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia) di Bilik Mesyuarat Wisma Persekutuan, Besut. Dalam majlis ini, beliau telah memberi penerangan yang jelas tentang dasar baru kerajaan ini untuk memberi kefahaman kepada barisan pentadbiran sekolah di daerah ini. Dasar 1M 1S ini adalah kerja-kerja yang telahpun dibuat oleh semua guru sebelum ini tetapi diberi penambahbaikan oleh kementerian untuk memantapkan lagi program-program sukan di sekolah-sekolah. Asas kepada dasar ini ialah mewujudkan program sukan sepanjang tahun dan juga memeriahkan semua program sukan di sekolah dan disertai oleh semua pelajar. Dengan adanya majlis seumpama ini telah memberi kefahaman kepada semua pentadbiran sekolah dalam menjayakan dasar 1M 1S.

Semarak Kemerdekaan

Image
Setiap tahun apabila tibanya bulan ogos, program menyemarakkan kemerdekaan diadakan bagi mendidik pelajar menghargai dan menyayangi negara yang tercinta. Antara program yang diadakan pada tahun ini ialah menyiapkan jalur gemilang di Dewan PIBG dimana pelajar dan guru bersama-sama mewarnakan jalur gemilang.

Program Ziarah Ramadhan

Image
Kelmarin pada jam 9.00 pg seramai 6 orang guru & seorg AJK PIBG bersama-sama Pengerusi PIBG yg juga ADUN Hulu Besut YB Hj. Nawi telah mengunjungi rumah ibu tunggal (Pn. Alina Ismail) ibu kepada Afendi pelajar kelas 4SV di Kg. Belaoh. Semoga kehadiran guru-guru dan wakil PIBG memberi semangat kepada keluarga beliau untuk terus menghadapi cabaran dalam kehidupan ini.

Program Ihya Ramadhan

Image
Pertandingan kain rentang sempena kedatangan bulan ramadhan antara rumah sukan telah dijalankan pada 27 hingga 31/7/2011 dan hasil tangan pelajar-pelajar ini telah dipamerkan di laluan jalan kaki untuk dihayati oleh semua warga sekolah.

Program Ziarah Ramadhan

Image
Sempena kedatangan bulan ramadhan ini, sumbangan ikhlas dihulurkan kepada keluarga pelajar SMKBP yang uzur dan sakit. Pada hari ini beberapa orang guru yang diketuai oleh GPK Kokurikulum (En.Ismail Idris) telah mengunjungi sebuah keluarga di Felda Tenang yang telah uzur sejak 10 tahun yang lalu akibat kemalangan dan diserang kuman dibahagian sendi. Sumbangan dihulurkan daripada PIBG SMKBP, Unit Pembangunan Insan SMKBP dan orang-orang perseorangan.