Posts

Showing posts from April, 2011

KURSUS KEPIMPINAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM NEGERI TERENGGANU

2 pelajar daripada Unit PBSM telah mewakili Besut dalam Perkhemahan yang diadakan di Pusat Ko Alor Lintang pada 27 hingga 30/4/2011. Pelajar tersebut ialah Mohd Hafiz Abd. Satar dan Ahmad Syahrulnazrin.

PERTANDINGAN “SPEECH CHOIR” KATEGORI ASPIRASI PIALA YDSM PERINGKAT DAERAH BESUT

Image
Pasukan "Speech Choir" buat julung-julung kali telah menyertai pertandingan yang telah diadakan pada 27/4/2011 di SMK Permaisuri Nur Zahirah. Dalam pertandingan ini, pasukan sekolah hanya mendapat saguhati tetapi telah memberi banyak semangat kepada pasukan untuk lebih cemerlang pada tahun hadapan.

Pertandingan Sofbol MSSD Besut 2011

Image
Pada tahun ini, SMKBP telah menjadi tuan rumah dalam pertandingan yang diadakan pada 21 dan 22/4/2011 bagi sekolah rendah manakala 26 dan 27/4/2011 bagi sekolah menengah. Terimakasih kepada semua guru dan pelajar yang telah mengurus pertandingan ini dengan jayanya. Tahniah kepada Cikgu Mohd Hussni yang selaku Pengerusi Teknik Sobol Besut yang telah mengetuai pengurusan pertandingan pada tahun ini. Tahniah kepada pasukan perempuan SMKBP yang merangkul NAIB JOHAN ...

Pertandingan Bola Baling MSSD Besut 2011

Image
Tahniah kepada pasukan b/baling sekolah yang terus menunjukkan kemampuan menandingi pasukan lain di peringkat daerah Besut. Pada tahun ini, pasukan perempuan merangkul NAIB JOHAN manakala pasukan lelaki mendapat tempat KETIGA dalam pertandingan yang berlangsung di SMK Seri Nering pada 25 hingga 27/4/2011. Seramai 4 pemain berjaya mewakili daerah Besut ke pertandingan peringkat MSST yang akan berlangsung di Marang nanti. Pelajar tersebut ialah 1 Siti Nur Hidayat bt. Ismail 2 Nor Fai

Pertandingan Nasyid Zon "4" 2011

Image
Dalam pertandingan yang berlangsung pada 25/4/2011 di SMKA Wataniah tersebut, SMKBP telah mendapat tempat KETIGA. Semoga pasukan nasyid sekolah dapat memperbaiki mutu nyanyian dan muzik agar lebih mantap pada tahun hadapan.

Pertandingan Bola Tampar MSSD Besut 2011

Image
Pada tahun ini SMKBP hanya menghantar pasukan perempuan sahaja dalam pertandingan yang berlangsung pada 21 hingga 23/4/2011 di SM Teknik Besut. Tahniah kepada pasukan B/Tampar SMKBP yang berjaya mendapat tempat KETIGA dalam pertandingan tersebut.

Pertandingan B/Sepak peringkat MSST

Seramai 6 pelajar SMKBP telah mewakili Besut pada 21 hingga 23/4/2011 di Dungun tempohari. Namun prestasi daerah pada tahun amat mengecewakan kerana tumpas diperingkat kumpulan.

Pertandingan B/Jaring Peringkat MSST

Tahniah kepada 11 orang pelajar SMKBP yang mewakili daerah Besut pada 14 hingga 16/4/2011 dan membantu Besut merangkul NAIB JOHAN kategori Perempuan 18. Tahniah dan syabas!!!!!!!

KURSUS KEPIMPINAN AJK TERTINGGI UNIT BERUNIFORM

Image
Kursus yang mengumpul kesemua 56 pemimpin unit beruniform telah diadakan pada hari sabtu 16/4/2011 telah memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar asas-asas dalam kawad telah memberi pengetahuan yang sangat berguna untuk diaplikasikan dalam unit masing-masing. Mereka juga didedahkan teknik membaca kompas dalam pertandingan yang diadakan disekitar kawasan sekolah pada hari tersebut. Setiap unit diwakili seramai 4 orang pemimpin.

PERTANDINGAN PELANCARAN ROKET AIR TERENGGANU

Pada 8 hingga 9/4/2011 seramai 3 orang pelajar dan Pn. Che Rohana (Ketua Bidang Sains Matematik) selaku guru pengiring telah menyertai Pertandingan Pelancaran Roket Air peringkat negeri Terengganu yang diadakan di SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu.

BENGKEL PENGURUSAN KELAB PUSAT SUMBER

Tahniah kepada Kelab Pusat Sumber sekolah yang telah menjayakan Bengkel Pengurusan Kelab Pusat Sumber pada 2/4/2011 dengan jayanya di Pusat Sumber SMKBP. Diharapkan ahli-ahli Kelab Pusat Sumber mendapat banyak manfaat daripada bengkel yang diadakan ini.

Pertandingan Bola Sepak MSSD Besut 2011

Image
Pertandingan yang berlangsung di SMK Tg. Mahmud II, pada 30/3 hingga 5/4/2011 telah menobatkan SMKBP sebagai NAIB JOHAN Pasukan 18 tahun manakala pasukan 15 tahun berjaya mendapat tempat KETIGA... Seramai 6 pemain telah terpilih untuk mewakili daerah Besut ke pertandingan peringkat MSST di Dungun nanti. 1 Mohd Afiz b. Mazlan 2 Wan Zairo Aswadi b. Wan Ahmad 3 Mohd Azmi b. Mat Hussin 4 Shahrul Amerul b. Zakaria 5 Wan Mohd Syakirin b. Wan Yamin 6 Mohd Najib b. Mat Nasir Syabas dan Tahniah kepada semua guru dan pemain yang terlibat.

Pertandingan Bola Jaring MSSD Besut 2011

Image
Tahniah kepada pasukan P15 yang mengondol JOHAN manakala pasukan P18 menjadi NAIB JOHAN dalam pertandingan yang telah diadakan pada 28/3 hingga 30/3/2011 di SK Seberang Jerteh baru-baru ini. Seramai 11 pemain telah terpilih untuk mewakili daerah Besut ke pertandingan peringkat MSST nanti di mana Besut menjadi tuan rumah. 1 Nor Suhada bt. Mohd Nordin 2 Nor Fatin bt. Mansor 3 Siti Nur Hidayah bt Ismail 4 Nur Maizatul Husna bt. Zakaria 5 Nor Ima Idayu bt. Ismail 6 Nor Atikah bt. Abdullah 7 Nor Fazura bt. Mohd Razali 8 Suryani bt. Hassan 9 Nurul Nazma bt. Ghazali 10 Raja Nor Nadiya bt. Kamaruddin 11 Raja Nor Diyana bt. Kamaruddin SYABAS diucapkan kepada semua pelajasr dan guru yang telah mengharumkan nama SMK Bukit Payong!!!!