Posts

Showing posts from July, 2011

Klinik Memanah SMKBP

Image
Pada hari ini telah diadakan klinik memanah di Dewan Mercu yang telah dihadiri oleh seramai 40 pelajar tingkatan 1 dan 2 ahli Kelab Memanah SMKBP. Klinik yang bermula pada jam 10.30 pagi itu dimulakan dengan sesi pengenalan alatan memanah dan pemasangan peralatan memanah oleh Tn. Hj. Zaluwi dari SMK Pelagat. Pada sebelah petang pula teori dan teknik memanah telah disampai oleh Tn. Hj. Sabri (SMK Pelagat) dan diikuti dengan sesi amali dipadang yang berakhir pada jam 5.00 ptg. Klinik memanah turut dihadiri S/U Sukan (En. Rameli) dan Ketua Penasihat Kelab Memanah (En. Abd. Aziz).

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Image
Kursus yang diberikan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 adalah untuk mengukuhkan lagi apa yang telah dipelajari didalam kelas. Ceramah telah disampaikan oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Besut iaitu Tn. Hj. Lokman turut disertakan dengan amali pengurusan jenazah dan solat jenazah.

CERAMAH ISRAK & MIKRAJ

Image
Selepas perhimpunan rasmi, telah diadakan ceramah israk & mikraj sempena menyambut bulan Rejab 1432 yang lalu anjuran Unit Pembangunan Insan SMK Bukit Payong. Ceramah telah disampaikan oleh Imam 1 Masjid Hadhari Jerteh iaitu Tn. Hj. muhamad. Beliau mengimbas semula peristiwa israk & mikraj dan lebih menumpukan aspek solat agar ianya menjadi amalan yang dijaga oleh pelajar-pelajar agar menjadi umat yang diredhai Allah. Diakhir ceramah turut diselitkan kuiz di mana 10 hadiah disediakan bagi pelajar-pelajar yang dapat menjawab soalan-soalan berkaitan ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah.

Majlis Persaraan Pengetua

Image
kerja-kerja terakhir sebelum "thumb print" kawalan kehormat unit beruniform SMKBP acara di dewan perarakan keluar Pada 6 Julai 2011 berakhirlah perkhidmatan Pn. Hjh. Hamidah bt. Mohamad dalam bidang pendidikan dan ianya lebih bermakna bagi warga SMKBP kerana perkhidmatan beliau berakhir di sekolah ini dengan rekod-rekod yang cemerlang. Bagi Unit Kokurikulum, beliau sangat-sangat memberi ruang yang seluasnya untuk guru-guru dan pelajar melibatkan diri dalam apa jua aktiviti. Sebagai tanda kasih sayang warga SMKBP, Unit Kokurikulum bekerja keras untuk menjayakan majlis persaraan beliau agar majlis ini akan menjadi suatu kenangan yang paling indah bagi beliau semasa menamatkan perkhidmatan. Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang telah berjaya melaksanakan majlis ini dengan begitu cemerlang dan hebat.