Posts

Showing posts from September, 2011

Mesyuarat Agung koperasi SMKBP Kali ke 4

Image
Pada hari ini (28/9/2011) telah diadakan Mesyuarat Agung Koperasi SMKBP Kali Ke 4 yang telah dirasmikan oleh GPK Pentadbiran(Pn. Hjh. Hasniah bt. Abas) di Dewan Mercu bermula jam 12 tengahari. Seterus GPK Kokurikulum (En. Ismail Idris) telah mempengerusikan mesyuarat agung ini dengan dimulakan pengesahan minit mesyuarat 2010. Seterusnya Pn. Norehan selaku Setiausaha koperasi telah membentang laporan tahunan koperasi SMKBP dan diikuti oleh Bendahari (Pn. Norzihan) yang membentangkan laporan kewangan bagi tahun 2010. Mesyuarat agung berakhir pada jam 1.45 ptg dimana semua pelajar telah diagihkan minuman dan makanan sebelum beredar daripada sekolah. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terimakasih kepada semua ALK guru dan pelajar yang telah memberi sumbangan di atas kejayaan koperasi SMK Bukit Payong pada tahun 2010 yang lalu.

Semarak Merdeka Daerah Besut 2011

Image
Pada hari ini (24/9/2011) telah berlangsung Program Semarak Merdeka Peringkat Daerah Besut yang turut dihadiri seramai 50 pelajar SMKBP yang menyertai "Larian Merdeka". Larian tersebut yang bermula di SMK Seri Nering dan telah berakhir di Bandar Jerteh (Dataran Souq). Manakala kontigen guru-guru SMKBP yang diketuai oleh Tuan Pengetua menyertai perbarisan yang bermula di SK Pusat Jerteh yang juga berakhir di dataran Souq.

Karnival S/Takraw 1M 1S Daerah Besut

Tahniah kepada pasukan L14 yang merangkul JOHAN manakala L16 merangkul N/JOHAN dalam pertandingan yang berlangsung pada 21 dan 22 September 2011 di Sekolah Menengah Teknik Besut. Pasukan L14 SMK Bukit Payong akan mewakili daerah Besut ke peringkat MSST yang akan berlangsung pada Oktober nanti.

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Image
Pada hari ini telah berlangsung acara tahunan "Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah" yang bermula pada jam 11.00 pagi di Dewan Mercu yang dihadiri oleh semua guru, pelajar dan kakitangan sekolah yang berpakaian raya. Turut serta juga dalam majlis ini ialah AJK-AJK PIBG, YB Nawi selaku Pengerusi PIBG(ADUN Hulu Besut) dan Tn.Hj.Halim (Timbalan PPD Besut). Guru-guru dan kakitangan sekolah telah diagihkan kumpulan-kumpulan tertentu dalam penyediaan makanan manakala murid-murid diuruskan oleh guru-guru tingkatan masing-masing. Pihak sekolah juga menyediakan makanan dan minuman kepada semua pelajar.