Posts

Showing posts from June, 2012

Kej. Balapan & Padang Kali Ke-2 : SUKANTARA

Image
Semua pelajar mengambil bahagian dalam 3 acara iaitu larian 100 meter, Lompat Jauh dan Lontar peluru untuk memberi mata kepada rumah sukan masing-masing. Acara sukantara diadakan pada hari ahad, isnin dan selasa (24 hingga 26 Jun 2012).

Kej. Balapan & Padang Kali Ke-2 : Latihan Rumah Sukan

Image
Latihan yang diuruskan oleh rumah sukan masing-masing bermula jam 3.30 petang hingga jam 5.00 petang.

Ceramah Israk & Mikraj

Image
Ceramah telah diadakan pada 19 Jun 2012 di Dewan Mercu bermula jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Khairul Ikhwan dengan penuh bertenaga yang dapat menarik minat pelajar dan guru mendengar daripada awal hingga akhir. Semoga ceramah yang disampaikan dapat memberi keinsafan dalam diri warga SMKBP seterusnya menjadikan warga SMKBP cemerlang di dunia dan juga diakhirat. InsyaAllah.....

Taklimat PAJSK(Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum) kepada guru-guru

Image
Taklimat PAJSK telah disampaikan oleh GPK Kokurikulum (En.Ismail Idris) kepada semua guru pada 13hb. Jun di Bilik Mesyuarat. Guru-guru didedahkan tentang PBS(Pentaksiran Berasaskan Sekolah) bagi aktiviti Pendidikan Jasmani, sukan dan aktiviti kokurikulum yang bermula tahun ini yang melibatkan semua pelajar tingkatan 1.

Kejohanan Balapan & Padang SMKBP Kali Ke-2-Taklimat kepada pelajar

Image
Taklimat diberikan oleh Setiausaha Sukan(En. Rameli) kepada semua pelajar pada 11hb. Jun di Dewan Mercu. Kejohanan Padang & Balapan akan diadakan pada 28hb. Jun ini turut melibatkan semua pelajar dalam acara Sukantara. Aktiviti sukantara adalah larian 100 meter, lompat jauh dan lontar peluru yang akan diadakan pada 24hb hingga 27hb jun nanti. Latihan rumah sukan pula akan bermula pada 17 hingga 21hb. jun pada jam 3.30 ptg hingga 5.00 ptg.