Posts

Showing posts from July, 2012

Senamrobik 1M 1S - serentak seluruh negara

Image
Senamrobik 1murid 1sukan 1Malaysia serentak seluruh negara telah diadakan pada 10 Julai 2012 tepat jam 8.00 pagi ini turut disertai oleh seluruh warga SMKBP. Selepas pendaftaran, pelajar-pelajar diberi taklimat oleh GPK Kokurikulum  seterusnya En. Mokhtar telah memimpin senamrobik dengan bantuan beberapa orang pelajar.

Kej. Balapan & Padang Kali Ke-2 - Acara perasmian

Image
Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Harujan b. Sulaiman (Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM Terengganu) pada 28 Jun 2012 jam 8.30 pagi. Semasa majlis ini juga MAIDAM Terengganu turut menyumbangkan RM50,000.00 untuk membaik pulih surau sekolah yang tidak dapat menampung bilangan pelajar yang ramai. Beliau juga turut mengumumkan pemberian peralatan pembesar suara dan surah yasin untuk surau sekolah, projek PMR(RM3,000.00), projek SPM(RM3000.00), projek STPM(RM1500.00) dan Program pelajar bersama masjid(RM3000.00). Majlis penutupan dan penyampaian hadiah pula telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Nawi b. Mohamad ADUN Hulu Besut yang juga merangkap Yang Dipertua PIBG SMK Bukit Payong.