Posts

Showing posts from March, 2012

Pertandingan Sepak Takraw MSSD Besut 2012

Pertandingan S/Takraw MSSD Besut telah berlangsung di SM Vokasional Besut pada 6 hingga 8 Mac 2012 melibatkan penyertaan 12 pemain iaitu 2 regu L18 dan 1 regu L15. Dalam pertandingan ini, SMKBP berjaya mendapat tempat ke tiga. Seramai 4 pemain SMKBP terpilih mewakili Besut ke pertandingan peringkat MSST yang akan berlangsung pada 22 hingga 24 mac nanti di Marang.

Majlis Penyampaian Watikah Kepada Pemimpin Pelajar SMKBP 2012

Image
Majlis penyampaian watikah pelantikan kepada semua 14 pengerusi badan unit beruniform telah disempurnakan oleh Tn. Hj. AB Halim b. Hj. Hassan (Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Besut) pada 6/3/2012 di Dewan Mercu bermula jam 8.00 pagi. Majlis penyampaian ini juga melibatkan pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Exco Asrama bagi tahun 2012. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan semua pemimpin pelajar agar menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi dalam membawa pelajar-pelajar lain mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Manakala pelajar-pelajar lain wajib mengikut pemimpin yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah ini.