Posts

Showing posts from August, 2012

MERDEKARAYA.........edisi raya

Image

MERDEKARAYA......... edisi Merdeka

Image
Majlis diadakan pada hari ini (30 Ogos 2012) dengan dimulakan dengan perarakan masuk semua guru dan pekerja. Ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua memulakan acara dan diikuti dengan persembahan sajak & penceritaan sejarah oleh PK HEM. Majlis diteruskan dengan persembahan pelajar sebelum diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA PROGRAM IHYA RAMADHAN

Image
Majlis Khatam Al-Quran telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua di Dewan Mercu pada 15 Ogos 2012. Dimulakan dengan majlis khatam Al-Quran yang diketuai oleh Ust. Alias turut melibatkan semua pentadbir bersama-sama pelajar yang menjayakan program membaca al-Quran sempena Ihya Ramadhan pada tahun ini. Seterusnya diadakan penyampai hadiah pertandingan Ihya Ramadhan, hadiah kepada peserta tadarus Al-Quran, bantuan kepada pelajar miskin/anak yatim, bantuan zakat daripada koperasi SMKBP dan bantuan daripada MAIDAM. Acara kemuncak ialh anugerah Tokoh Ramadhan kepada Azuan (Lelaki) dan Nor Atikah (Perempuan)

PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT SEKOLAH

Image
Pelancaran telah di sempurnakan oleh PK Pentadbiran pada 17 Julai 2012 di Dewan Mercu. Setiap kelas telah diagihkan bendera untuk pertandingan keceriaan sempena kemerdekaan ini. Selain daripada itu turut diadakan deklamasi sajak oleh guru dan pelajar dan diikuti dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.