Posts

Showing posts from January, 2013

Kejohanan Merentas Desa SMKBP 2013

Image
Kejohanan yang berlangsung pada 17 Januari 2013 ini telah dilepaskan oleh PK HEM (En. Hasan Basri B. Jaafar) dan majlis penutup oleh YB Nawi B. Mohamad ADUN Hulu Besut yang merangkap Yang Dipertua PIBG SMK Bukit Payong. Pada tahun ini Rumah Jebat (Biru) telah diisytiharkan Juara Keseluruhan Merentas Desa SMKBP.

Latihan Merentas Desa SMKBP 2013

Untuk tahun ini latihan diadakan serentak pada 14 dan 15 Januari 2013 melibatkan semua pelajar. Ini kerana kekangan pengangkutan untuk pulang ke rumah selepas latihan. Latihan dimulakan pada jam 3.00 petang selepas solat zohor berjemaah di surau sekolah.

Mesyuarat Kokurikulum Kali Pertama Tahun 2013

Mesyuarat Kokurikulum Kali Pertama tahun 2013 telah diadakan di bilik mesyuarat pada 7 Januari 2013 dihadiri oleh semua guru. Berbagai maklumat kokurikulum telah disampaikan oleh PK Kokurikulum (En. Ismail Idris) dan mesyuarat telah memberi banyak perhatian kepada Kejohanan Merentas Desa SMKBP yang akan diadakan pada hari Khamis (17 Januari 2013)