Posts

Showing posts from February, 2013

Bengkel Pengurusan Kelab Pusat Sumber 2013

Image
Bengkel yang melibatkan semua ahli kelab Pusat Sumber SMKBP telah diadakan pada 23/2/2013 di Pusat Sumber sekolah dengan memberi tumpuan kepada beberapa aspek seperti penyusunan bahan-bahan, hiasan dalaman, lukisan mural dan pembersihan bilik pusat sumber.

Kursus Kawad Kaki KAPA 2013

Image
Kursus Kawad Kaki KAPA (Kadet Pertahanan Awam) telah diadakan dengan jayanya di SMK Bukit Payong pada 21 hingga 23/2/2013 yang melibatkan 88 orang ahli KAPA SMKBP. Berbagai aktiviti telah diadakan yang mengkhususkan kawad kaki sebagai persediaan Perkhemahan KAPA peringkat daerah Besut nanti. Terimakasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat yang dibantu oleh pegawai-pegawai JPAM cawangan Besut. Kursus Kawad Kaki KAPA telah disempurnakan majlis penutupan oleh PK Kokurikulum (En. Ismail Idris).

Kejohanan Merentas Desa MSST 2013

Image
Kejohanan Merentas Desa MSST telah diadakan di SMK Permaisuri Nur Zahirah, Besut pada 23/2/2013 melibatkan 5 orang pelajar SMK Bukit Payong yang mewakili daerah Besut. Tahniah kepada kontinjen Besut yang diistiharkan JOHAN KESELURUHAN peringkat negeri Terengganu tahun 2013.

Kejohanan Merentas Desa MSSD Besut 2013

Image
Tahniah kepada pasukan SMKBP yang diistiharkan N/JOHAN KESELURUHAN dalam Kejohanan Merentas Desa MSSD Besut yang berlangsung pada 7 feb 2013 di SMK Permaisuri Nur Zahirah, Besut. Dalam Kejohanan ini ROSMAYANIE telah muncul sebagai JOHAN Kategori P18 manakala pasukan lelaki mendapat tempat KE TIGA keseluruhan. Terimakasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam mengharumkan nama SMKBP.