Posts

Showing posts from April, 2013

Kejohanan Balapan & Padang MSST 2013.

2 orang atlet SMKBP telah mewakili Besut dan membantu Besut JOHAN KESELURUHAN diperingkat MSST yang berlangsung pada10 hingga 13 April 2013 di Trek SMK Sultan Omar, Dungun. Rosmayane dan Nurul Azira telah cemerlang dalam kejohanan tersebut. EMAS 1. Rosmayane – 4 x 400m P18 2. Nurul Azira – 4 x 400m P18 PERAK 1. Nurul Azira – 4 x 100m P18 GANGSA 1. Rosmayane – 800m P18

Pertandingan Bola Tampar MSSD Besut 2013

SMKBP telah menghantar pasukan lelaki dan perempuan dalam pertandingan yang berlangsung di Kolej Vokasional Besut pada 8 dan 9 April 2013. Dalam pertandingan ini, SMKBP mendapat tempat KETIGA dalam kategori Perempuan 18. Nur Afifah telah terpilih mewakili Besut dan membantu Besut mendapat tempat KETIGA di peringkat MSST yang berlangsung di Marang pada 18 hingga 20 April 2013.

Pertandingan Bola Sepak MSSD Besut 2013

Pertandingan yang bermula 31/3 hingga 11/4/2013 telah berlangsung di SMK Tengku Mahmud 2 melibatkan SMKBP yang menghantar pasukan bawah 15 dan bawah 18. Walaubagaimanapun SMKBP hanya beraksi di peringkat kumpulan sahaja. 2 pelajar SMKBP iaitu Safuan dan Razak telah mewakili daerah Besut di peringkat negeri dan membantu Besut JOHAN di peringkat MSST.

Pertandingan MTQ Zon "E"

Pertandingan yang berlangsung pada 3/4/2013 di SMK Putra menyaksikan SMKBP hanya memperolehi tempat ke TIGA bagi syarahan dan Tilawah kategori lelaki.

Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam (KAPA) daerah Besut 2013.

Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam(KAPA) peringkat daerah Besut telah berlangsung pada 11 hingga 13/3/2013 di Pusat Ko Alur Lintang dan dihadiri seramai 50 orang pelajar dan diringi oleh Cik Wan Suryati & En. Rosman. Manakala En. Mohd Hussni & En. Makhtar dilantik sebagai urusetia program. Dalam pertandingan yang diadakan SMKBP telah diumunkan JUARA KESELURUHAN (Kategori Perempuan) dan telah menerima piala pusingan. Antara pertandingan yang dimenangi oleh SMKBP ialah : 1) Pertolongan Cemas - Kategori Lelaki 2) Pertolongan Cemas - Kategori Perempuan 3) Melawan Kebakaran - Kategori Perempuan 4) Khemah Terbaik - Kategori Lelaki 5) Khemah Terbaik - Kategori Perempuan 6) Persembahan Terbaik

Pertandingan NILAM peringkat negeri Terengganu 2013

Tahniah kepada pelajar SMKBP yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Pertandingan NILAM peringkat negeri Terengganu 2013 pada 17 hingga 20/3/2013 di Marang. FARAH NABILLA (5 Sains) telah merangkul NAIB JOHAN bagi kategori BAHASA INGGERIS

Kejohanan Balapan & Padang MSSD Besut 2013

Tahniah kepada kontinjen SMKBP yang telah merangkul 5 EMAS, 4 PERAK &2 GANGSA dalam Kejohanan Balapan & Padang MSSD Besut pada 17 hingga 21/3/2013 di Trek SMK Nasiruddin Shah. Dengan kontijen seramai 9 orang, pencapaian ini amat cemerlang dan 2 atlet SMKBP telah terpilih mewakili Besut keperingkat MSST nanti iaitu Rosmayane & Nur Azira. EMAS : 1) 400 meter P18 : Rosmayane 2) 800 meter P18 : Rosmayane 3) 100 meter P18 : Nur Azira 4) 200 meter P18 : Nur Azira 5) 4 x 400 meter P18 PERAK : 1) 1500 meter P18 : Rosmayane 2) 4 x 100 meter P18 3) Lempar Cakera P15 : Raja 4) Rejam Lembing P15 : Raja Diana GANGSA : 1) Lempar Cakera P15 : Raja 2) Rejam Lembing P15 : Raja Diana