Posts

Showing posts from May, 2013

Pertandingan Bola Jaring MSSD Besut 2013

Image
SMKBP telah mengondol JOHAN bagi kedua-dua kategori iaitu P15 dan P18 dalam pertandingan yang berlangsung di SK Seberang Jerteh pada 29 dan 30/4/2013. Seramai 8 orang pelajar telah dipilih mewakili Besut ke pertandingan peringkat MSST nanti.

Pertandingan Sepak Takraw MSSD Besut 2013

SMKBP telah menjadi NAIB JOHAN dalam kategori L15 dan tempat KETIGA kategori L18 dalam pertandingan yang diadakan di Kolej Vokasional Besut pada 23 hingga 25/4/2013. Seramai 6 orang pelajar terpilih mewakili Besut ke peringkat MSST nanti.

Pertandingan Bola Sepak MSST 2013.

Razak & Safuan telah mewakili daerah Besut bagi kategori Lelaki 15 dalam pertandingan yang diadakan di Gong Badak, K.Trg pada 18 hingga 20/4/2013 yang menjadi JOHAN dalam pertandingan tersebut.

Pertandingan Bola Tampar MSST 2013

Pertandingan tersebut telah diadakan di Marang pada 18 hingga 20/4/2013 yang melibatkan Nor Afifah yang telah mewakili daerah Besut yang mendapat tempat KE TIGA.

Pertandingan "Speech Choir" peringkat Besut.

SMK Bukit Payong telah menghantar pasukan Speech Choir SMKBP untuk menimba pengalaman di pertandingan yang diadakan di SMK Nasiruddin Shah pada 14/4/2013 dan telah memperolehi tempat KE EMPAT. Semoga ini memberi perangsang kepada guru dan pelajar untuk lebih cemerlang pada tahun depan.