Posts

Showing posts from February, 2012

Perkhemahan Tahunan Kadet Pertahanan Awam

Image
Perkhemahan Tahunan & Ujian Kenaikan Pangkat Kadet Pertahanan Awam (KAPA) diadakan pada 28/2 hingga 1/3/2012 di Pantai Bukit Keluang, Besut. Seramai 30 orang pelajar SMKBP telah menyertai Perkhemahan ini dan diiringi oleh En. Mohd Hussni, En. Makhtar dan Cik Wan Suryati.

Kejohanan M/Desa MSSM 2012

Dalam pertandingan yang berlangsung di Perlis pada 26/2/2012 turut diwakili oleh Rosmayane yang mewakili negeri Terengganu.

Sambutan Hari Pengakap Sedunia 2012

Image
Sambutan Hari Pengakap Sedunia 2012 peringkat daeran Besut telah diadakan pada 28/12/2012 di Kem Seri Keluang, Besut telah disempurnakan oleh Y.B. Hj. Muhammad Pehemi b. Yusof, ADUN Kota Putera yang merangkap Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Besut. Dalam majlis ini, En. Syukri b. Zakaria antara 4 orang pemimpin pengakap Besut dianugerahkan "Manik Kayu 2B". Tuan Pengetua SMKBP turut menerima Sijil Kuasa Penganjur manakala En. Harun b. Ibrahim menerima sijil penghargaan sempena Jambori Pengakap Peringkat Kebangsaan 2011. Majlis turut dihadiri oleh semua Pengetua, GPK Kokurikulum dan pemimpin pengakap semua sekolah di daerah Besut.

Pertandingan b/tampar MSST 2012

Tahniah kepada Nor Afifa Afirah bt. Md. Lazim yang telah membantu daerah Besut muncul JOHAN dalam pertandingan peringkat MSST yang berlangsung pada 25/2/2012 di Marang. Walaubagaimanapun Mohd Naim yang turut mewakili Besut dalam pertandingan yang sama bagi kategori lelaki tidak memperolehi pencapaian yang membanggakan.

Karnival Bola Jaring SMKBP 2012

Image
Karnival Bola Jaring diadakan pada 22/2/2012 di padang SMKBP ini bertujuan mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan keperingkat daerah nanti. Tahniah dan terimaksih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat semoga dengan karnival ini dapat mengekalkan prestasi cemerlang bola jaring SMKBP seperti tahun-tahun sebelumnya.

Sambutan Maulidur Rasul 2012

Image
Pada hari ini (21/2/2012) telah diadakan sambutan maulidur rasul peringkat SMKBP yang dimulakan dengan perarakan mengelilingi Kg. Bukit Payong yang turut disertai oleh pelajar-pelajar SK Seri Payong. Perarakan yang bermula pada jam 8.30 pg diketuai oleh Tuan Pengetua, barisan pentadbir dan guru-guru dan diikuti oleh kontinjen rumah sukan. Perarakan berakhir pada jam 9.00 pg dan pelajar serta guru menikmati jamuan yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Pada jam 10.00 pagi, pelajar-pelajar berkumpul di dewan untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz. Wan Mohamad b. Wan Husin (SMK Renek). Ceramah yang berkisarkan kehidupan Rasulullah s.a.w memberi pengajaran kepada pelajar-pelajar tentang akhlak dan kepribadian Rasulullah yang menjadi contoh kepada semua. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah seperti pertandingan kain rentang dan perarakkan serta cenderamata kepada ustaz penceramah.

Kejohanan Merentas Desa MSST 2012

2 pelajar SMKBP (Rosmayane & Anis Haffiza) yang mewakili daerah Besut ke kejohanan yang berlangsung pada 9-11/2/2012 di Hulu Terengganu telah membantu daerah Besut mendapat tempat keDUA secara keseluruhan. Tahniah kepada Rosmayane yang muncul NAIB JOHAN kategori Perempuan 18 seterusnya mewakili negeri Terengganu ke peringkat MSSM di Kedah pada bulan Mac nanti.

Pertandingan Bola Tampar MSSD Besut 2012

Image
Tahniah kepada Pasukan Perempuan SMKBP yang muncul JOHAN dalam pertandingan yang telah diadakan di SM Vokasional Besut pada 13 dan 14 Februari 2012. Terimakasih kepada pasukan SMKBP dan guru-guru yang terlibat. 2 pemain SMKBP terpilih mewakili Besut ke pertandingan peringkat MSST.

Pertandingan Memanah MSSD Besut 2012

Image
Pertandingan yang telah diadakan di SMK Pelagat pada 15 dan 16 Februari 2012 ini turut melibatkan 6 atlet daripada SMK Bukit Payong yang diiringi oleh En. Abd. Aziz. Dalam pertandingan tersebut, atlet-atlet SMKBP tidak mendapat pencapaian yang memberangsangkan namun berjaya mendapat tempat ke DUA secara keseluruhan. Semoga atlet-atlet yang ada teruskan latihan untuk lebih cemerlang di tahun-tahun akan datang.

Kejohanan M/Desa MSSD Besut Kali ke-9

Image
Kejohanan yang berlangsung di SMK Jabi pada 8/2/2012 turut disertai seramai 48 peserta SMKBP dalam 4 kategori. Tahniah kepada Rosmayane yang merangkul JOHAN bagi kategori P18 dan Anis Haffiza yang merangkul NAIB JOHAN kategori P15 sekaligus akan mewakili Daerah Besut ke kejohanan peringkat MSST di Hulu Terengganu pada hujung minggu depan. Terimakasih dan tahniah kepada semua pelajar dan guru pengiring yang terlibat dalam kejohanan ini yang turut mengikhtirafkan SMKBP tempat KETIGA secara keseluruhan.