Sambutan Hari Guru 2011























**GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA**
Sambutan Hari Guru peringkat SMKBP telah diadakan pada 16 mei dengan dimulakan acara padang dan sukaneka bagi sesi pagi. Antara acara yang diadakan ialah bola sepak(guru lelaki), bola tampar (guru perempuan), ping pong, gusti lengan, kerusi irama, kulit epal terpanjang, baling tin dan isi air dalam botol. Selepas berakhirnya sesi permainan, pelajar telah diagihkan aiskrim mengikut kelas masing-masing.
Seterusnya semua pelajar dan guru berkumpul di dalam dewan pada jam 11.00 pagi untuk mendengar perutusan dan persembahan pelajar. GPK Kokurikulum memulakan majlis dengan membaca perutusan Pengarah Pelajaran Terengganu, diikuti oleh GPK HEM(Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) dan GPK Pentadbiran (Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia)
Seterusnya semua guru berkumpul dipentas untuk bacaan ikrar dan diikuti dengan nyanyian "Guru Malaysia".
Kemudiannya berlangsung acara penyerahan Kad ucapan dan hamper hari guru kepada Pengetua dan diikuti acara potong kek oleh Tuan Pengetua.
Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan pelajar dan diselang seli dengan acara cabutan bertuah. Antara persembahan pelajar ialah nasyid, koir PPU, Choral speaking dan public speaking oleh pelajar.
Tahniah kepada semua pengawas dan pelajar PPU yang telah menguruskan majlis sambutan hari guru pada tahun ini. Terima kasih juga kepada Pegawai Perhubungan Sekolah (JPNT) En. Roslan yang turut bersama-sama pada tahun ini.

Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Bola Jaring MSSD Besut 2011