Larian 1murid 1sukan 1Malaysia

























Larian serentak seluruh negara pada hari ini (2/7/2011) turut disertai oleh guru dan pelajar SMK Bukit Payong. Pada jam 7.15 hingga 7.30 pagi ,pelajar-pelajar diarahkan berkumpul di Dataran Mercu untuk mendaftar dan mendapatkan nombor pendaftaran masing-masing. Selepas itu sedikit taklimat diberi oleh GPK Kokurikulum (En. Ismail Idris) mengingatkan pelajar aspek-aspek keselamatan semasa larian tersebut. Tepat jam 7.45 semua pelajar dan guru telah dilepaskan oleh Tuan Pengetua (Pn. Hjh. Hamidah Mohamad). Larian sejauh 1.6km itu mengambil masa 20 minit untuk sampai ke garisan penamat. Minuman disediakan oleh pihak sekolah di kantin sekolah.
Pelajar kemudiannya diberi rehat yang secukupnya sebelum kembali ke kelas untuk P&P menggunakan jadual hari Ahad.
Hari Ahad (3/7/2011) diisytiharkan cuti gantian mengikut surat pekeliling JPNT.

Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Bola Jaring MSSD Besut 2011