Mesyuarat Agung koperasi SMKBP Kali ke 4




Pada hari ini (28/9/2011) telah diadakan Mesyuarat Agung Koperasi SMKBP Kali Ke 4 yang telah dirasmikan oleh GPK Pentadbiran(Pn. Hjh. Hasniah bt. Abas) di Dewan Mercu bermula jam 12 tengahari. Seterus GPK Kokurikulum (En. Ismail Idris) telah mempengerusikan mesyuarat agung ini dengan dimulakan pengesahan minit mesyuarat 2010. Seterusnya Pn. Norehan selaku Setiausaha koperasi telah membentang laporan tahunan koperasi SMKBP dan diikuti oleh Bendahari (Pn. Norzihan) yang membentangkan laporan kewangan bagi tahun 2010.
Mesyuarat agung berakhir pada jam 1.45 ptg dimana semua pelajar telah diagihkan minuman dan makanan sebelum beredar daripada sekolah.
Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terimakasih kepada semua ALK guru dan pelajar yang telah memberi sumbangan di atas kejayaan koperasi SMK Bukit Payong pada tahun 2010 yang lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Bola Jaring MSSD Besut 2011