Taklimat Kokurikulum 2012




Pada 10hb Januari 2012 telah diadakan Majlis Taklimat Kokurikulum oleh GPK Kokurikulum (En.Ismail Idris) berkaitan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua murid dan guru bagi melancarkan lagi segala aktiviti kokurikulum pada tahun 2012.
Turut memberi taklimat ialah Setiausaha Sukan(En.Rameli Deraman) berkaitan Kejohanan Merentas Desa SMKBP yang akan diadakan pada 19 Januari nanti. Majlis yang turut dihadiri oleh semua guru SMKBP ini bertujuan mengingatkan pelajar tentang persediaan mental dan fizikal dalam menghadapi kejohanan tersebut. Aspek-aspek keselamatan adalah diutamakan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum ini.

Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Bola Jaring MSSD Besut 2011