Kejohanan Padang & Balapan MSST


Tahniah kepada Kontinjen Besut yang muncul JOHAN KESELURUHAN bagi tahun 2012 di kejohanan yang berlangsung di Trek Gong Badak, Kuala Terengganu pada 5 hingga 7 April 2012. Seramai 4 orang atlet SMKBP turut terlibat iaitu Md. Naim, Indrayani, Rosmayane dan Nurul Azira. Rosmayane telah merangkul pingat EMAS dalam acara 800 meter P18 dan 3 pingat PERAK dalam acara 1500 meter, 400 meter dan 4 x 400 meter bagi kategori P18. Manakala Md. Naim pula berjaya merangkul EMAS dalam acara Rejam Lembing dan GANGSA dalam acara Lempar Cakera bagi kategori L18.

Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Bola Jaring MSSD Besut 2011