Kej. Balapan & Padang Kali Ke-2 - Acara perasmian





















Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Harujan b. Sulaiman (Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM Terengganu) pada 28 Jun 2012 jam 8.30 pagi. Semasa majlis ini juga MAIDAM Terengganu turut menyumbangkan RM50,000.00 untuk membaik pulih surau sekolah yang tidak dapat menampung bilangan pelajar yang ramai. Beliau juga turut mengumumkan pemberian peralatan pembesar suara dan surah yasin untuk surau sekolah, projek PMR(RM3,000.00), projek SPM(RM3000.00), projek STPM(RM1500.00) dan Program pelajar bersama masjid(RM3000.00).

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah pula telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Nawi b. Mohamad ADUN Hulu Besut yang juga merangkap Yang Dipertua PIBG SMK Bukit Payong.

Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Bola Jaring MSSD Besut 2011