Majlis Khatam Al-Quran & Penutupan Program Ihya Ramadhan 2011






Majlis yang berlangsung pada 25 Ogos 2011 ini dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Cikgu Osman dan disusuli dengan ucapan Penutupan oleh Tuan Pengetua (En. Mustapa b. Abd Razak). Beliau mengingatkan pelajar-pelajar tentang kepentingan belajar dan memperbetulkan persepsi pelajar bahawa pembelajaran bukan sahaja berlaku didalam kelas tetapi juga berlaku diluar kelas iaitu semasa aktiviti-aktiviti kokurikulum.
Seterusnya majlis khatam Quran yang diketuai oleh Ust. Alias dan Ust. Rosli dijalankan. Selepas itu diadakan majlis penyampaian hadiah dan sumbangan seperti pertandingan kain rentang Ihya Ramadhan antara rumah sukan, sumbangan kepada semua peserta tadarus Al-Quran, sumbangan kepada pelajar-pelajar miskin, sumbangan kepada pelajar-pelajar PKPI dan anugerah tokoh ramadhan SMKBP tahun 2011.

Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Bola Jaring MSSD Besut 2011