Taklimat Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan Daerah Besut

Pada hari ini telah diadakan taklimat kepada semua GPK Pentadbiran dan GPK Kokurikulum seluruh sekolah di daerah Besut oleh En. Anuar b. Idris (Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia) di Bilik Mesyuarat Wisma Persekutuan, Besut. Dalam majlis ini, beliau telah memberi penerangan yang jelas tentang dasar baru kerajaan ini untuk memberi kefahaman kepada barisan pentadbiran sekolah di daerah ini.

Dasar 1M 1S ini adalah kerja-kerja yang telahpun dibuat oleh semua guru sebelum ini tetapi diberi penambahbaikan oleh kementerian untuk memantapkan lagi program-program sukan di sekolah-sekolah. Asas kepada dasar ini ialah mewujudkan program sukan sepanjang tahun dan juga memeriahkan semua program sukan di sekolah dan disertai oleh semua pelajar.

Dengan adanya majlis seumpama ini telah memberi kefahaman kepada semua pentadbiran sekolah dalam menjayakan dasar 1M 1S.

Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Bola Jaring MSSD Besut 2011